Sunday, 15 April 2012

KALKATU OHH KALKATU!

hmmm.. tetibe plak ase nk menekan2 button kt lappy nih..
hihihiii.. kali ni cikpah pilih topik KALKATU..

korg twu ape itu KALKATU??

kalkatu tu ialah binatang yang terbang yang suka hinggap di lampu atau yang bercahaya..
nak tgok rupa kalkatu?? 


haa.. ni la kalkatu yang cikpah cakap tu..

last 2 day, binatang ni tetibe jew datang kt umah cikpah waktu senja..
waktu tu cikpah kt luar umah gan mama cikpah, sebelum masuk umah tetibe jew binatang ni terbang dgn kwan2 dye.. banyak sgt taw.. takut cikpah tgok.. mcm dye nak hurung (serang) cikpah..
then, cikpah teringat mama and arwah tok cikpah cakap bila kalkatu banyak sgt kt lampu tu..

amik plastik, then letak minyak.. pastu, ratakan keseluruh dalam plastik tadi.

so nanti kalkatu tu akan masuk dlm plastik and sayap dye akan melekat la.. so nanti dye x dapat la terbang dah.. then dye akan mati la.. :))
itu la petua yang arwah tok cikpah bagitahu dulu.. korang leh try kalau ade kalkatu ni kt umah korg ok..
 

bawah ni cikpah nak share sikit tentang kalkatu yang ade tertulis di halaqah.net korg bace yew..

Untuk renungan bersama dari sahabat kepada sahabat.... 

KALKATU Allah tidak menjadikan sesuatu dengan sia-sia meskipun dalam kejadian nyamuk, lalat atau kalkatu. Ia mengandungi hikmah dan pengajaran kepada manusia yang mahu memikirkannya.
Jika mengikut logik manusia, kenapalah Allah menjadikan nyamuk sedangkan ia bahaya kepada kesihatan. Sebenarnya dalam kejadian nyamuk banyak rahsia yang manusia sendiri tidak mengetahuinya. 


Allah MAHA BIJAK dan MAHA MENGETAHUI.
Pada satu malam yang sunyi lagi gelap, keluarlah satu kumpulan kalkatu entah dari mana menuju ke satu tempat yang terang dan bercahaya.Berpusu-pusu berterbangan ke arah beberapa buah pelita yang dipasang di halaman rumah. Aku lihat kesemua kalkatu itu menerkam ke tempat itu. Setiap kali terkam setiap kali kalkatu itu jatuh dan binasa satu persatu. Binasa disebabkan oleh api yang panas itu. Ada seekor yang tak mati sekaligus dan mampu terbang lagi.Tetapi ia tidak serik kerana kepanasan, malah ia sendiri lihat dengan mata kepalanya ramai kawannya yang tersungkur ke bumi.
Namun itu tidak memberi pengajaran kepada kalkatu itu, mungkin kerana kedegilan dan keseronokan melulu.Tanpa berfikir panjang, kalkatu itu menerkam sekali lagi. Kali ini ia tidak bernasib baik dan menempah maut.

Termenung aku sejenak. Apa hikmah Allah jadikan kalkatu? Di hati kecilku berkata sebodoh-bodoh kalkatu pun ada baiknya kerana selepas kematian itu tidak dibangkitkan lagi di akhirat. Sebaliknya aku terfikir ramai manusia ketika ini berotakkan kalkatu.
Mereka tahu dadah itu bahaya, namun masih mengambilnya. Mereka tahu tidak bersembahyang boleh menjerumuskan dirinya ke dalam neraka, namun masih tak hendak bersolat. Mereka tahu merokok membahayakan kesihatan, namun masih menghisap. Mereka tahu berjudi itu haram namun tetap berdegil tikam ekor. Mereka tahu berzina itu dosa, namun tetap melakukannya. Mereka tahu syurga penuh kenikmatan tapi menjauhinya. Mereka tahu neraka penuh dengan azab tapi ramai yang hendak ke sana. Mereka tahu syaitan itu musuh utama tapi mengambil mereka sebagai kawan.
Banyak lagi aksi manusia sekarang yang bertubuhkan manusia namun hakikatnya berotakkan kalkatu. 


MORAL & IKTIBAR
Allah memberikan otak kepada manusia untuk berfikir. Jika tidak digunakan atau disalahgunakan manusia akan rugi malah lebih dahsyat daripada kalkatu .
Kebanyakan manusia tertipu dengan kemanisan dunia tanpa memikirkan kemanisan akhirat .Berbondong-bondong manusia mengejar kebahagiaan, hiburan dan kelazatan dunia sahaja pada hakikatnya adalah mengejar api neraka.
Siapa dan dimanakah kita? Adakah kita juga seperti kalkatu itu? Hanya kita sendiri yang mengetahuinya.........
Fikirkanlah sejenak........  


 
 ni la kejadian kalkatu sebenarnye.. ianya lahir dari anai-anai..
so, behave lah yew.. bila rumah koprang ade anai-anai ni.. kalkatu tu akan wujud.

ni jewla citer kalkatu cikpah utk kali ini.. thanx sb sudi bace .. (^^)