Sunday, 13 May 2012

Peribahasa salah???

Assalamu'alaikum...           *(n_n)*


pernahkah anda tahu bahawa terdapat peribahasa yang salah dan selalu diungkapi oleh kita semua??
sedar atau tak, kita memang selalu gunakannya dalam sehari-harian kita..

mari kita lihat peribahasa apakah yang salah
dan apakah peribahasa yang sebenarnya untuk peribahasa tersebut.

Peribahasa Yang Salah, tapi kita tak tahu atau mungkin kita tak pernah tahu.

Salah:
Bagai melepaskan "batuk" di tangga
Betul:
Bagai melepaskan "batok" di tangga.

Salah:
Merah "padam"
Betul:
Merah "padma"

Salah:
Mata "keranjang"
Betul:
Mata "ke ranjang"

Salah:
Harapkan "pagar, pagar" makan padi.
Betul:
Harapkan "pegar,pegar" makan padi.

Salah:
"Saling" tak tumpah.
Betul:
"Salin" tak tumpah.



moga kita dapat perbaikinya dalam penggunaan bahasa kita.





BAHASA MELAMBANGKAN BANGSA.




Khasiat SYIFA'

Assalamu'alaikum..

hari ni angah nak share tentang kelebihan-II ayat SYIFA'
ayatnye mudah jew.. dan senang diingat.. jom kita amalkan sama-II      *(n_n)*

Bismillahirrahmanirrahim...


bagi yang tak jelas maknanya.. angah ada tulis kt bawah ni..

Terjemahannya:
Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, nabi Muhammad S.A.W. yang dengan berkat baginda, engkau menyembuhkan hati-hati, menjadi penawar dan menyihatkan tubuh badan juga memberi kesembuhan penyakit serta mengurniakan cahaya penglihatan dan kurniakan juga rahmat keberkatan dan kesejahteraan keatas keluarga dan sahabat baginda.



Antara khasiatnya adalah:-

1. Menyembuhkan pelbagai jenis penyakit
    - baca 21 kali, hembuskan kedalam air. minum air tersebut dan sapu ketempat yang sakit.

2. Meransang minda kanak-kanak
    -baca dan hembuskan ke ubun kepala anak-II semasa mereka tidur.
    -boleh juga baca pada kismis dan beri anak-II makan 3 hingga 7 biji.

3. Melembutkan hati yang sedang marah atau merajuk
    -baca 3kali dan tarik nafas dalam-II. ulang sebanyak 3kali.
    -baca3kali dan hembus kepada yang sedang marah.

4. Memupuk kasih sayang keluarga
    -kasih sayang dan cinta antara suami isteri
    -kasih sayang antara anak-II dengan ibu ayah

amalkan sebagai zikir harian semasa menyapu ruang rumah dan ketika memasak makanan untuk keluarga anda.. insyaAllah ada keberkatan disitu.. janji Allah itu pasti.

wallahualam.




Sunday, 6 May 2012

Second Time!



hai ebelibadi... >.<
korang rasa ape angah nak mengarut dalam entry kali ni eyh??
ce teka ce teka.. hohoo!

hihihiiiii.. kali ni angah nak share cter kuah ROJAK mama angah..

last week, angah teringin nak makan kuah rojak yang mama angah buat taw.. yew la, da lama gilerr ta makan.. so, teringin sangat2 la kan.. hmm angah pun minta la resepi pada mama..
mama bagi resepi. Angah pun pergi kedai cari barang try wat tnpa mama for the second time.. hihihiii
nak twu x kuah tu jadi ke tak?? meh tgok kat bawah ni..


bahan-bahan yang diperlukan:


100gm cili kering
1/2 belacan (bulat/leper)
1kg gula pasir
1kg gula merah
1botol sos cili
1botol kicap pekat cap 3ayam
6 sudu besar tepung ubi
2 sudu besar tepung jagung
50sen@RM1 bijan


cara-cara memasaknya:-

a) kisarkan cili kering(telah direbus) bersama belacan sehingga halus.
b) masukkan cili kering(yang telah dikisar), sos, kicap, gula pasir, gula merah.
c) kacau sehingga rata.
d) letakkan diatas dapur dan kuatkan api serta kacau tanpa henti selama 1/2 jam.
e) perlahankan api (sangat2 perlahan) kacau tidak terlalu kerap.
f) 1jam sebelum tutup api, bancuhkan tepung ubi dan tepung jagung bersama dan tuangkan kedalam periuk tadi sambil kacau.
g) kacau dan biarkan sehingga masak.
h) 5minit sebelum tutup api, masukkan bijan yang telah digoreng tanpa minyak dan kacau.
i) hidangan siap dimasak.
j) masukkan kedalam bekas yang tahan panas. kemudian sejukkan dan simpan didalam peti sejuk.

masa memasak 3jam :)


SELAMAT MENCUBA!!! >.<

bila dah siap.. angah rasa kuah ni tak sama dengan kuah rojak buah yang mama angah wat.. yew laa.. mana leh sama kan.. nati lawan tokeyh pulakkk.. hihihiii

kalau korang perasan kan.. resepi dengan gambar bahan tu ade yang ta serupa taw..hmm..
tawu ta ape yang taserupa??
sos dan kicap dye yang ta serupa..huhu
tawu ta sebab ape?? sebab kat selangor tade kicap cap 3ayam tu.. then, sos pulak tade jual kt kedai yang angah beli barang tu..huhu
so, mama angah cakap buleyh jew guna kicap dan sos jalen tu..so, angah pun bedal jew la kan dari tade..hihihiii    :D

then, angah punya kuah rojak ni ag pekat dari mama angah, tp still bleyh dibaiki dye supaya ta terlalu pekat.. nanti susah pulak nak makan kana..
biasenya lau kat kampung (perak), mama buat jual kuah rojak ni.. atau ade orang tempah baru buat taw.. thats is limited edition... hihihiii
mama memang jarang wat kuah ni.. sebab busy dengan keje..
bile kat sini, angah da masak banyak, so, angah jual la kat kawan2 di opis.. atleast ta membazirkan.. :')
thats all about kuah ROJAK BUAH second time without mama..huhuhuu



ni angah wt makan2 kt opis as a testing :)

1cup = RM3.00
mahal tak?? 

yumm yumm yummyyy!!!!

eyhhh2.. ade orang melelehh air luir la.. hahahaaa =))
lap2.. malu2.. hohoo!!!



Friday, 4 May 2012

Kelebihan Surah Al-Kauthar



hari ni adalah RAJA segala hari kan?? korang pun dah twu..
so ta salah lah kan kalau hari ni kita lebihkan sikit cari pahala.. betul tak??

okeyh, angah  ta nak cakap banyak.. angah just nak share dengan korang about tajuk kat atas tu..

sebab orang cakap SHARING IS CARING.. hehee :D
jangan terlepas jenguk yew.. nanti nyesal tatwu.. 
banyak faedah yang korang akan dapat bile korang tengok2 sepintas lalu..

ayuh tengok slide angah yang angah dapat dari kawan angah.. tp da di edit sikit2.. ;)







jangan lupa komen yew after tengok :)


Wallahualam...