Saturday, 23 May 2015

Pelbagai Khasiat dan Kelebihan Bawang Putih


Bawang putih adalah herba ajaib yang telah dipandang tinggi selama lebih 6000 tahun dan ia adalah ubat untuk tekanan darah tinggi. Ia terkenal sebagai perisa makanan. Tetapi selama ini, bawang putih telah digunakan sebagai ubat untuk mencegah atau merawat pelbagai penyakit dan keadaan.

Bawang putih digunakan untuk pelbagai keadaan yang berkaitan dengan jantung dan sistem darah. Ia termasuk tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi, penyakit jantung koronari, serangan jantung, dan "pengerasan arteri" (aterosklerosis). Sebahagian daripada penggunaan bawang putih ini disokong oleh sains. Bawang putih sebenarnya mungkin berkesan dalam melambatkan perkembangan aterosklerosis dan seolah-olah dapat mengurangkan tekanan darah.

Sesetengah orang menggunakan bawang putih untuk mencegah kanser usus besar, kanser dubur, kanser perut, kanser payudara, kanser prostat dan kanser paru-paru. Ia juga digunakan untuk merawat kanser prostat dan kanser pundi kencing.

Bawang putih telah dicuba untuk merawat pembesaran prostat (benign prostatic hyperplasia; BPH), kencing manis, osteoartritis, demam alergi (rinitis alergik), cirit-birit kembara, tekanan darah tinggi akhir kehamilan (pre-eklampsia), sejuk dan selesema. Ia juga digunakan untuk membina sistem imun, mencegah gigitan serangga, dan mencegah dan merawat jangkitan bakteria dan kulat.

Kegunaan lain termasuk rawatan demam, batuk, sakit kepala, sakit perut, kesesakan resdung, gout, penyakit sendi, buasir, asma, bronkitis, sesak nafas, tekanan darah rendah, gula darah rendah, gula darah tinggi, dan snakebites. Ia juga digunakan untuk melawan tekanan dan keletihan, dan mengekalkan fungsi hati yang sihat.

Sesetengah orang menggunakan minyak bawang putih untuk kulit mereka untuk merawat jangkitan kulat, ketuat, dan jagung. Terdapat beberapa bukti yang menyokong penggunaan topikal bawang putih untuk jangkitan kulat seperti kurap, gatal Jock, dan kaki makan air; tetapi keberkesanan bawang putih terhadap ketuat dan jagung masih tidak menentu.

Terdapat banyak variasi antara produk bawang putih yang dijual untuk tujuan perubatan. Jumlah allicin, bahan aktif dan sumber bau tersendiri bawang putih, bergantung kepada kaedah penyediaan. Allicin adalah tidak stabil, dan perubahan dalam kimia yang berbeza dengan cepat. Sesetengah pengeluar mengambil kesempatan ini dengan penuaan bawang putih untuk membuat ia tidak berbau. Malangnya, ini juga mengurangkan jumlah allicin dan kompromi keberkesanan produk. Beberapa persiapan bawang putih tidak berbau dan produk mungkin mengandungi sangat sedikit, jika ada, allicin. Kaedah yang melibatkan menghancurkan pelepasan cengkih segar lebih allicin. Sesetengah produk mempunyai salutan (lapisan perut) untuk melindungi mereka daripada serangan oleh asid perut.

Walaupun bawang putih adalah perisa biasa dalam makanan, beberapa ahli-ahli sains telah mencadangkan bahawa ia mungkin mempunyai peranan sebagai bahan tambahan makanan untuk mengelakkan keracunan makanan. Terdapat beberapa bukti bahawa bawang putih segar, tetapi bawang putih tidak berumur, boleh membunuh bakteria tertentu seperti E. coli, antibiotik tahan Staphylococcus aureus, dan Salmonella enteritidis dalam makmal.

Bagaimana ia berfungsi?
Bawang putih menghasilkan kimia yang dikenali sebagai allicin. Ini adalah apa yang seolah-olah menjadikan kerja bawang putih untuk keadaan tertentu. Allicin juga membuat bau bawang putih. Sesetengah produk adalah "tidak berbau" oleh penuaan bawang putih, tetapi proses ini juga boleh membuat bawang putih kurang berkesan. Ia adalah idea yang baik untuk mencari makanan tambahan yang bersalut (lapisan perut) supaya mereka akan larut dalam usus dan tidak dalam perut.


Anda nak tahu bawang putih mana yang sesuai digunakan???
Nantikan next entry okey ;)



Love,
Cikpah.com
013-4148423

Wednesday, 18 March 2015

KENALI JENIS GEMUK ANDA



Tahukah anda, gemuk mempunyai pelbagai jenis?

GEMUK???!


GEMUK bermaksud berat badan kita melebihi 20% peratus berat ideal seseorang. Hal ini kerana, kalori yang masuk kedalam badan kita melebihi kalori yang diperlukan oleh badan kita. Oleh itu, berlakulah pengumpulan lemak pada bahagian tertentu pada badan kita.

Sebagai contoh, sepatutnya berat badan ideal kita 55kg, tapi pada hakikatnya jarum di mesin penimbang menunjukkan 75kg. Maka, kita sudah dikategorikan dalam kategori orang yang gemuk. Sangat-sangat tak best bila dengar perkataan gemuk tu kan? Stress sangat rasanya kalau orang panggil kita dengan panggilan macam tu.

haaaa.... jeng jeng jengggggg!!!!
yang manakah jenis gemuk anda???



okay.. sekarang tak perlu sedih sedih lagi.. sebelum kita nak kuruskan badan.. kita perlu tahu dahulu jenis kegemukan yang terdapat pada diri kita.. Jom kita check jenis gemuk yang ada!

#1 JENIS GEMUK AIR

Gemuk air berlaku apabila badan menyimpan kapasiti air yang tidak diperlukan oleh tubuh. Badan akan menggeleber dan lembik kerana air yang berlebihan tadi. Haaaaa.... bayangkan belon yg diisikan dengan air, kemudian anda ramas-ramaskan.. begitulah rupanya GEMUK AIR nih. Orang yang mengalami gemuk air juga akan terasa cepat letih dan mengah apabila melakukan aktiviti harian. 

**cuba anda picit bahagian lengan tangan, rasa lengan tangan menggeleber dan lembik tak? Jika Ya, Tahniah anda gemuk air!

**cuba timbang berat waktu pagi dan malam, jika ada perubahan berlaku dalam 1-2 kilogram, tahniah juga, anda gemuk air!!!



#2 JENIS GEMUK LEMAK

Gemuk lemak boleh diumpamakan seperti kita masukkan bancuhan tepung dengan sedikit air ke dalam belon. Kemudian ramas-ramaskan belon tu. Begitulah keadaannya badan kita kalau kita gemuk lemak. Dan ada juga saya pernah terbaca, yang orang kategori gemuk lemak ni sering berlaku kepada mereka yang mempunyai bentuk badan jenis bentuk epal.

Bentuk Epal vs. Bentuk Pear


#3 JENIS GEMUK DAGING

Kategori gemuk daging biasanya badan berasa berat dan pejal. Gemuk lemak terjadi kerana disebabkan masalah kegemukan yang terlalu lama terjadi contohnya dari kecil lagi memang badan jenis tembam dan debab. Cara nak check, cuba pegang lengan tangan, lepas tu kalau rasa solid, pejal, tak menggeleber, itu boleh dikategorikan dalam gemuk daging. Kalau kategori ni, proses mengurangkan berat badan agak sukar kerana lemak sudah bergumpal dengan daging. Namun, tetap ada caranya. Dan InsyaAllah berkesan.



#4 JENIS GEMUK ANGIN

Gemuk angin ni lebih kurang sama keadaannya macam gemuk air. Badan pun macam lembik-lembik bila dipicit. Tapi, selalu sendawa, perut kerap terasa sebu, mudah pening, loya dan lagi satu kerap kentut… Alamak, yang ni kena jaga-jaga sikit. Jangan boom kat orang belakang sudah…hehe… Kategori yang ni pun agak mudah nak turun beratnya kalau kena caranya.


Yeayyyy!!!! Dah tahu korang jenis gemuk yang mana? Kalau dah tahu, baguslah. Lebih mudah untuk kita mengenalpasti apa tindakan seterusnya yang perlu kita ambil dalam usaha untuk mengurangkan berat dan semestinya untuk mengurangkan ukuran inci di badan. Apa pun jenis gemuk anda, berusahalah sebaik mungkin untuk mengurangkan kegemukan badan kita. InsyaAllah di entri akan datang, saya akan share kan beberapa cara yang kita boleh lakukan untuk mengatasi masalah kegemukan. Yang penting, semangat kena kuat dan jangan cepat mengalah. InsyaAllah pasti berjaya!


jom kita saksikan ape yang kak salwa ni nak sharing dengan kita semua..
selamat menonton :)






Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee ataupun konsultasi premium, boleh hubungi saya di :-

CIKPAH013-4148423SMS@WHATSAPP@TELEGRAM
emel: hudzaifah_mp@yahoo.com
https://www.facebook.com/hudzaifah.mohdphuat

BERSUKAN BAGI PARA MUSLIMAH


Cikpah pasti ramai diantara kita yang minat bersukan.. tapi rasa mcm terhalang betul tak??
apa kata korang baca dulu entry kali ni..
moga bermanfaat untuk kita yang bergelar muslimah ni untuk terus bersukan..
moga kita lebih sihat sentiasa..


ISLAM tidak menolak sebarang bentuk kegiatan sukan malah sentiasa menggalakkan umatnya bersukan sebagai kegiatan riadah yang menyihatkan kerana Islam mengambil berat hal ehwal umatnya.

Bagaimanapun, keseronokan bersukan dan melakukan kegiatan jasmani tidak sepatutnya menyebabkan seseorang itu lupa tanggungjawab terhadap Allah seperti mengerjakan sembahyang atau mengambil mudah soal aurat.Oleh itu, Islam menggariskan kaedah terbaik untuk menutup pintu kerosakan dengan menyesuaikan kegiatan sukan mengikut syariat seperti mengasingkan tempat serta waktu bersukan bagi lelaki dan perempuan.Syarat dan peraturan yang perlu diguna pakai sebagai rujukan dalam menjana kegiatan riadah bertujuan agar apa yang dilakukan tidak terpesong daripada ajaran Islam yang sebenar.

Pembabitan wanita khususnya dalam kegiatan riadah atau sukan turut dibatasi dengan tata cara dan tertib yang telah digariskan Islam bertujuan menseimbangkan keperluan mereka dan pada masa sama memelihara kedudukan sebagai seorang Muslim. Perkara asas yang perlu dititikberatkan oleh seorang wanita Islam mengenai penyertaannya di dalam kegiatan sukan adalah menjaga auratnya. Aurat bagi seorang wanita Islam ialah keseluruhan anggota badan kecuali muka dan telapak tangannya. Selagi syarat dan peraturan penutupan aurat ini tidak dilanggar, maka tidak menjadi suatu kesalahan atau halangan bagi wanita membabitkan diri dalam kegiatan sukan. Justeru, perkara yang perlu diberi perhatian oleh wanita yang ingin terbabit dalam kegaitan sukan ialah:

  • Wanita dilarang memperagakan diri mereka dengan tujuan menarik perhatian kaum lelaki;
  • Wanita dilarang mendedahkan aurat mereka; dan
  • Wanita dilarang bergaul dengan lelaki sehingga melanggar batas pergaulan.

FAKTA
Bentuk rekreasi dan riadah

Memanah
Hadis diriwayatkan al-Bukhari yang bermaksud: “Sabda Rasulullah SAW: Lemparlah kamu (memanah) dan aku bersama kamu semua memanah.”

Memburu dan memancing
Firman Allah yang bermaksud: “Dihalalkan bagi kamu buruan laut dan makanannya sebagai kesenangan bagi kamu, dan bagi orang yang dalam perjalanan, dan diharamkan atas kamu buruan darat selama mana kamu dalam berihram....” (Surah al-Maidah, ayat 96)

Firman Allah yang bermaksud: “Dan Dialah (Allah) yang memudahkan laut supaya kamu dapat makan darinya daging yang lembut hidup-hidup dan dapat pula mengeluarkan daripadanya benda-benda perhiasan untuk kamu memakainya....” (Surah an-Nabi, ayat 14)


Kegiatan pertanian
Firman Allah ayat bermaksud: “Dialah (Allah ) yang telah menjadikan kamu dari bahan-bahan bumi serta menghendaki kamu memakmurkannya...” (Surah Hud, ayat 61)

Kegiatan ternakan
Firman Allah bermaksud: “Dan di antara binatang-binatang ternak itu ada yang dijadikan untuk pengangkutan dan disembelih....” (Surah al-An’am, ayat 142)


Faedah bersenam





  • Individu yang kerap bersenam biasanya lebih bertenaga dan banyak stamina. Mereka tidak akan cepat penat apabila bekerja. Individu ini juga umumnya bersikap lebih positif dan optimistik
  • Secara tidak sedar, senaman adalah cara terbaik untuk anda merehatkan badan. Jika anda letih bekerja, carilah masa untuk bersenam sebagai cara mudah merehatkan badan dan fikiran.
  • Mulakan kegiatan cergas anda dengan senaman yang mudah dan digemari. Jika anda malu bersendirian, lakukannya bersama rakan.
  • Lakukan senaman sekurang-kurangnya 20 minit dan tiga kali seminggu. Kajian menunjukkan bagi wanita, senaman yang dilakukan kurang daripada 20 minit tidak akan memecahkan lemak dan ia tidak memberi kesan kepada kesihatan secara menyeluruh.
  • Ubah senaman setiap hari. Maksudnya anda tidak perlu terikat dengan satu jenis senaman kerana ia akan membuatkan anda bosan dan berhenti bersenam.
  • Berhenti bersenam jika anda tidak sihat. Jangan paksa diri. Bersenam ketika sakit hanya akan memburukkan keadaan. Sambung apabila anda benar-benar sembuh.

    Jadi, tiada masalah laa sekarang ni kalau kita nk bersukan dan riadah.. janji kita menepati syariat yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T.

    ***ppssstttt

    sebelum tu.. ce view video nih.. Nurazlina ni nak share dengan korg semua.. bagaimana cara beliau mengelakkan diri dari letih dan lesu sepanjang hari. boleh juga korang cuba nanti bila letih dan lesu semasa bersukan :)







  • owner :
    CIKPAH
    013-4148423
    SMS@WHATSAPP@TELEGRAM
    emel: hudzaifah_mp@yahoo.com

    Wednesday, 11 February 2015

    CARA-CARA MENGATASI HAID TIDAK TERATUR BAGI REMAJA YANG SEDANG BELAJAR



    TIPS ELAK SEMBELIT SEMASA HAMIL



    SEMBELIT??

    Apakah yang dikatakan sembelit?
    Bagaimana sembelit bolrh berlaku?


    Sembelit adalah masalah yang biasa berlaku pada wanita yang hamil dan berpantang. Hampir kesemua wanita yang hamil kerap mengadu masalah sembelit terutama diakhir kehamilan.

    Sembelit sebenarnya lebih bergantung kepada bagaimana kekerasan najisnya. Ini kerana setiap orang yang mempunyai tabiat pembuangan najis yang berbeza. Ada yang membuangnya setiap hari dan ada yang membuangnya dua hari sekali. Oleh itu, yang menyebabkan sembelit sebenarnya bukannya disebabkan kekerapan membuang tetapi ialah kekerasan najisnya.

    Orang yang benar-benar sembelit akan mengadu sukar untuk mengeluarkan najisnya kerana terlalu keras. Mereka seringkali menggambarkan najis mereka “keras seperti batu” sehingga menyebabkan kesakitan ketika najis melalui lubang dubur. Jika kerap berlaku mungkin akan menyebabkan pendarahan atau buasir.
    BUASIR???!
    Ye, buasir!!!

    Jadi.. anda perlulah mengambil tahu keadaan najis anda ketika membuangnya, agar dapat mengelakkan dari terkena BUASIR tadi.

    Okeyh.. jangan bersedih bila dengar buasir tu..
    Jom kita kaji dan selidik bagaimana cara untuk kita elakkan sembelit dan terkena buasir.


    Ada beberapa tips untuk mengurangkan atau mengelakkan sembelit dikalangan wanita hamil dan berpantang:


    1.      Makan buah-buahan, sayur-sayuran dan lain-lain makanan yang mempunyai serat tinggi untuk meningkatkan jumlah pengambilan serat setiap hari. Kita memerlukan sekurang-kurangnya 24-38 gram serat sehari. Sembelit juga adalah berpunca dari pengambilan lemak yang berlebih, gula bertapis dan tenusu yang berlebihan berbanding dengan serat daripada bijirin dan buah-buahan.

    Anda juga boleh mengambil suplemen serat selain mendapatkannya dari makanan seharian. Serat tidak boleh dihadamkan oleh enzim di dalam tubuh manusia, jadi ia tidak diserap ke dalam aliran darah. Serat kemudiannya kekal di dalam kolon, di mana ia menyerap air dan melembutkan najis.

    Sesetengah makanan tinggi serat termasuk: raspberi, pear, dan epal; pasta gandum (dimasak), barli (masak), dan sekam; kacang berpecah (masak), kacang hitam (dimasak), dan lentil (dimasak); artichokes (dimasak), kacang hijau (dimasak), dan brokoli.

    SERAT YANG DIPERLUKAN BADAN


    2.      Sorbitol adalah perangsang kolon ringan yang membantu mengurangkan masa pergerakan najis dan seterusnya mengurangkan risiko sembelit Jika anda tidak suka tekstur atau rasa unik prun, jus prune boleh menjadi alternatif yang lebih sedap.

    Prun mempunyai 14.7g daripada sorbitol setiap 100g, manakala jus prun mempunyai 6.1g per 100g. Anda perlu minum lebih banyak jus prun untuk mencapai manfaat kesihatan yang sama kerana jus prun berasal dari prun yang telah diproses dan mengandungi gula tambahan.

    BUAH PRUN..nyumm nyumm nyummmyy


    3.      Mencangkung dalam kedudukan yang semula jadi untuk memudahkan perkumuhan. Tinggikan lutut anda ketika anda duduk membuang di atas tandas.

    DUDUK MENGIKUT POSTUR YANG BETUL


    4.      Pada sesetengah kes, Kopi boleh membantu. Ramai orang menganggap kopi membantu melegakan sembelit dengan cepat. Ini kerana kafein dalam kopi boleh merangsang otot dalam sistem pencernaan dan menyebabkan pergerakan usus.

    Namun begitu, kopi juga diuretik di mana ia menyerap kelembapan daripada najis, menjadikan mereka sukar untuk membuang air . Ada sesetengah doktor mengesyorkan mengelakkan minuman diuretik seperti kopi, alkohol, kola, dan teh.

    Untuk merawat sembelit, anda disaran makan prun atau minum dua gelas jus prune. Prun sangat tinggi dalam serat dan mengandungi sorbitol, sejenis bahan yang secara semulajadi membantu melegakan sembelit.

    A CUP OF COFFEE


    5.      Minum dua hingga empat gelas 8oz tambahan air suam apabila sembelit. Jika anda mempunyai sembelit selama beberapa hari, minum 10-20 auns air kosong setiap pagi sejurus selepas bangun tidur. Anda disarankan minum sekurang-kurangnya 10 gelas air kosong suam setiap hari.

    Air merupakan salah satu cecair yang terbaik yang mencuci bahan buangan dan toksin daripada badan kita. Minuman lain seperti jus dan soda, walaupun mempunyai khasiat tertentu dan semulajadi, ia perlu dikurangkan kerana kemungkinan mempunyai kandungan gula berlebihan atau mungkin menyebabkan sembelit semakin parah.

    MINUM AIR SECUKUPNYA



    6.      Bersenam. Jika boleh, elakkan duduk yang lama dan sentiasa pastikan tubuh anda aktif bergerak. Membuat senaman yang agak berat adalah digalakkan, tetapi 30 minit berjalan kaki boleh membantu menggalakkan pergerakan usus yang sihat.

    BERSENAM LAH.. atleast 30minit sehari




    ***Ostematrix dari Shaklee mengandungi magnesium yang boleh membantu mengatasi sembelit.


    Ostematrix boleh bantu kurangkan sembelit

    Bagaimana Magnesium dalam Ostematrix boleh membantu mengelakkan sembelit?

    Magnesium meningkatkan kandungan air dalam usus dan membantu menggesa berlakunya peristalsis (gerakan dalam usus yang membantu makanan terhadam bergerak dalam usus). Peristalsis juga menolak makanan ke perut. 

    Efek ini berlaku melalui dua mekanisme:
    1. Magnesium merehatkan otot dalam usus - ia membantu membentuk kesan lebih lembut yang mengurangkan sembelit.

    2. Magnesium 'menarik' air - ia meningkatkan kandungan air dalam usus dan membolehkan usus berfungsi dengan baik.







    Wanita didalam video ini nampak ceria sahaja. tetapi dia telah mengalami perkara yang MENYEKSAKAN diri.. TERPAKSA duduk didalam tandas terlalu LAMA akibat sembelit. jom kita tengok apa yang dia ingin kongsikan pada kita.




    Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee ataupun konsultasi premium, boleh hubungi saya di :-


    CIKPAH

    013-4148423

    SMS@WHATSAPP@TELEGRAM

    emel: hudzaifah_mp@yahoo.com