Wednesday, 18 March 2015

KENALI JENIS GEMUK ANDA



Tahukah anda, gemuk mempunyai pelbagai jenis?

GEMUK???!


GEMUK bermaksud berat badan kita melebihi 20% peratus berat ideal seseorang. Hal ini kerana, kalori yang masuk kedalam badan kita melebihi kalori yang diperlukan oleh badan kita. Oleh itu, berlakulah pengumpulan lemak pada bahagian tertentu pada badan kita.

Sebagai contoh, sepatutnya berat badan ideal kita 55kg, tapi pada hakikatnya jarum di mesin penimbang menunjukkan 75kg. Maka, kita sudah dikategorikan dalam kategori orang yang gemuk. Sangat-sangat tak best bila dengar perkataan gemuk tu kan? Stress sangat rasanya kalau orang panggil kita dengan panggilan macam tu.

haaaa.... jeng jeng jengggggg!!!!
yang manakah jenis gemuk anda???



okay.. sekarang tak perlu sedih sedih lagi.. sebelum kita nak kuruskan badan.. kita perlu tahu dahulu jenis kegemukan yang terdapat pada diri kita.. Jom kita check jenis gemuk yang ada!

#1 JENIS GEMUK AIR

Gemuk air berlaku apabila badan menyimpan kapasiti air yang tidak diperlukan oleh tubuh. Badan akan menggeleber dan lembik kerana air yang berlebihan tadi. Haaaaa.... bayangkan belon yg diisikan dengan air, kemudian anda ramas-ramaskan.. begitulah rupanya GEMUK AIR nih. Orang yang mengalami gemuk air juga akan terasa cepat letih dan mengah apabila melakukan aktiviti harian. 

**cuba anda picit bahagian lengan tangan, rasa lengan tangan menggeleber dan lembik tak? Jika Ya, Tahniah anda gemuk air!

**cuba timbang berat waktu pagi dan malam, jika ada perubahan berlaku dalam 1-2 kilogram, tahniah juga, anda gemuk air!!!



#2 JENIS GEMUK LEMAK

Gemuk lemak boleh diumpamakan seperti kita masukkan bancuhan tepung dengan sedikit air ke dalam belon. Kemudian ramas-ramaskan belon tu. Begitulah keadaannya badan kita kalau kita gemuk lemak. Dan ada juga saya pernah terbaca, yang orang kategori gemuk lemak ni sering berlaku kepada mereka yang mempunyai bentuk badan jenis bentuk epal.

Bentuk Epal vs. Bentuk Pear


#3 JENIS GEMUK DAGING

Kategori gemuk daging biasanya badan berasa berat dan pejal. Gemuk lemak terjadi kerana disebabkan masalah kegemukan yang terlalu lama terjadi contohnya dari kecil lagi memang badan jenis tembam dan debab. Cara nak check, cuba pegang lengan tangan, lepas tu kalau rasa solid, pejal, tak menggeleber, itu boleh dikategorikan dalam gemuk daging. Kalau kategori ni, proses mengurangkan berat badan agak sukar kerana lemak sudah bergumpal dengan daging. Namun, tetap ada caranya. Dan InsyaAllah berkesan.



#4 JENIS GEMUK ANGIN

Gemuk angin ni lebih kurang sama keadaannya macam gemuk air. Badan pun macam lembik-lembik bila dipicit. Tapi, selalu sendawa, perut kerap terasa sebu, mudah pening, loya dan lagi satu kerap kentut… Alamak, yang ni kena jaga-jaga sikit. Jangan boom kat orang belakang sudah…hehe… Kategori yang ni pun agak mudah nak turun beratnya kalau kena caranya.


Yeayyyy!!!! Dah tahu korang jenis gemuk yang mana? Kalau dah tahu, baguslah. Lebih mudah untuk kita mengenalpasti apa tindakan seterusnya yang perlu kita ambil dalam usaha untuk mengurangkan berat dan semestinya untuk mengurangkan ukuran inci di badan. Apa pun jenis gemuk anda, berusahalah sebaik mungkin untuk mengurangkan kegemukan badan kita. InsyaAllah di entri akan datang, saya akan share kan beberapa cara yang kita boleh lakukan untuk mengatasi masalah kegemukan. Yang penting, semangat kena kuat dan jangan cepat mengalah. InsyaAllah pasti berjaya!


jom kita saksikan ape yang kak salwa ni nak sharing dengan kita semua..
selamat menonton :)






Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee ataupun konsultasi premium, boleh hubungi saya di :-

CIKPAH013-4148423SMS@WHATSAPP@TELEGRAM
emel: hudzaifah_mp@yahoo.com
https://www.facebook.com/hudzaifah.mohdphuat

BERSUKAN BAGI PARA MUSLIMAH


Cikpah pasti ramai diantara kita yang minat bersukan.. tapi rasa mcm terhalang betul tak??
apa kata korang baca dulu entry kali ni..
moga bermanfaat untuk kita yang bergelar muslimah ni untuk terus bersukan..
moga kita lebih sihat sentiasa..


ISLAM tidak menolak sebarang bentuk kegiatan sukan malah sentiasa menggalakkan umatnya bersukan sebagai kegiatan riadah yang menyihatkan kerana Islam mengambil berat hal ehwal umatnya.

Bagaimanapun, keseronokan bersukan dan melakukan kegiatan jasmani tidak sepatutnya menyebabkan seseorang itu lupa tanggungjawab terhadap Allah seperti mengerjakan sembahyang atau mengambil mudah soal aurat.Oleh itu, Islam menggariskan kaedah terbaik untuk menutup pintu kerosakan dengan menyesuaikan kegiatan sukan mengikut syariat seperti mengasingkan tempat serta waktu bersukan bagi lelaki dan perempuan.Syarat dan peraturan yang perlu diguna pakai sebagai rujukan dalam menjana kegiatan riadah bertujuan agar apa yang dilakukan tidak terpesong daripada ajaran Islam yang sebenar.

Pembabitan wanita khususnya dalam kegiatan riadah atau sukan turut dibatasi dengan tata cara dan tertib yang telah digariskan Islam bertujuan menseimbangkan keperluan mereka dan pada masa sama memelihara kedudukan sebagai seorang Muslim. Perkara asas yang perlu dititikberatkan oleh seorang wanita Islam mengenai penyertaannya di dalam kegiatan sukan adalah menjaga auratnya. Aurat bagi seorang wanita Islam ialah keseluruhan anggota badan kecuali muka dan telapak tangannya. Selagi syarat dan peraturan penutupan aurat ini tidak dilanggar, maka tidak menjadi suatu kesalahan atau halangan bagi wanita membabitkan diri dalam kegiatan sukan. Justeru, perkara yang perlu diberi perhatian oleh wanita yang ingin terbabit dalam kegaitan sukan ialah:

  • Wanita dilarang memperagakan diri mereka dengan tujuan menarik perhatian kaum lelaki;
  • Wanita dilarang mendedahkan aurat mereka; dan
  • Wanita dilarang bergaul dengan lelaki sehingga melanggar batas pergaulan.

FAKTA
Bentuk rekreasi dan riadah

Memanah
Hadis diriwayatkan al-Bukhari yang bermaksud: “Sabda Rasulullah SAW: Lemparlah kamu (memanah) dan aku bersama kamu semua memanah.”

Memburu dan memancing
Firman Allah yang bermaksud: “Dihalalkan bagi kamu buruan laut dan makanannya sebagai kesenangan bagi kamu, dan bagi orang yang dalam perjalanan, dan diharamkan atas kamu buruan darat selama mana kamu dalam berihram....” (Surah al-Maidah, ayat 96)

Firman Allah yang bermaksud: “Dan Dialah (Allah) yang memudahkan laut supaya kamu dapat makan darinya daging yang lembut hidup-hidup dan dapat pula mengeluarkan daripadanya benda-benda perhiasan untuk kamu memakainya....” (Surah an-Nabi, ayat 14)


Kegiatan pertanian
Firman Allah ayat bermaksud: “Dialah (Allah ) yang telah menjadikan kamu dari bahan-bahan bumi serta menghendaki kamu memakmurkannya...” (Surah Hud, ayat 61)

Kegiatan ternakan
Firman Allah bermaksud: “Dan di antara binatang-binatang ternak itu ada yang dijadikan untuk pengangkutan dan disembelih....” (Surah al-An’am, ayat 142)


Faedah bersenam





  • Individu yang kerap bersenam biasanya lebih bertenaga dan banyak stamina. Mereka tidak akan cepat penat apabila bekerja. Individu ini juga umumnya bersikap lebih positif dan optimistik
  • Secara tidak sedar, senaman adalah cara terbaik untuk anda merehatkan badan. Jika anda letih bekerja, carilah masa untuk bersenam sebagai cara mudah merehatkan badan dan fikiran.
  • Mulakan kegiatan cergas anda dengan senaman yang mudah dan digemari. Jika anda malu bersendirian, lakukannya bersama rakan.
  • Lakukan senaman sekurang-kurangnya 20 minit dan tiga kali seminggu. Kajian menunjukkan bagi wanita, senaman yang dilakukan kurang daripada 20 minit tidak akan memecahkan lemak dan ia tidak memberi kesan kepada kesihatan secara menyeluruh.
  • Ubah senaman setiap hari. Maksudnya anda tidak perlu terikat dengan satu jenis senaman kerana ia akan membuatkan anda bosan dan berhenti bersenam.
  • Berhenti bersenam jika anda tidak sihat. Jangan paksa diri. Bersenam ketika sakit hanya akan memburukkan keadaan. Sambung apabila anda benar-benar sembuh.

    Jadi, tiada masalah laa sekarang ni kalau kita nk bersukan dan riadah.. janji kita menepati syariat yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T.

    ***ppssstttt

    sebelum tu.. ce view video nih.. Nurazlina ni nak share dengan korg semua.. bagaimana cara beliau mengelakkan diri dari letih dan lesu sepanjang hari. boleh juga korang cuba nanti bila letih dan lesu semasa bersukan :)







  • owner :
    CIKPAH
    013-4148423
    SMS@WHATSAPP@TELEGRAM
    emel: hudzaifah_mp@yahoo.com