Monday, 18 January 2016

Kelebihan Zinc Complex Untuk Kesihatan Diri

Hari ni cikpah nak kongsikan kelebihan zinc complex.

ADA 17 KELEBIHAN ZINC yang ingin dikongsikan.

Zinc ni biasanya dikaitkan dengan kesuburan lelaki & keguguran rambut... tapi Zinc sebenarnya sangat banyak khasiat dan faedahnya utk kesihatan kita.

Jom kita semak khasiat2 dan kelebihan Zinc.
1. MASALAH JERAWAT: Kajian telah menunjukkan zink berkesan untuk menyembuhkan jerawat. Ia lebih baik dari penggunaan antibiotik.

2. EKZEMA: Ekzema atau ectopic dermatitis antaranya disebabkan oleh kekurangan zink dalam badan.

3. MENYEIMBANGKAN HORMON : Zinc mengawal selia jumlah testosteron di dalam badan.

4. KESIHATAN KULIT : zink berkait rapat dengan sintesis kolagen yang membantu dalam menormalkan jumlah minyak kulit dan mengekalkan kulit yang sihat.

5. PENYEMBUHAN LUKA: Kekurangan zinc menyebabkan lambat penyembuhan luka. Badan manusia mempunyai beberapa enzim yang bergantung pada zink, yang menggalakkan sintesis kolagen yang seterusnya membantu dalam penyembuhan luka.

6. GANGGUAN PROSTAT: Zink sangat penting dalam menangani gangguan prostat. Kekurangan zink menyebabkan pembesaran kelenjar prostat dan menjadikannya terdedah kepada kanser . Ia adalah dinasihatkan untuk mengambil 15mg zink setiap hari, di bawah pemerhatian rapi perubatan, apabila mengalami masalah prostat.

7. MENURUNKAN BERAT BADAN: Zink memainkan peranan utama dalam penurunan berat badan dan mengawal selera makan.

8. KEHAMILAN: Ia adalah penting untuk pembaikan dan fungsi DNA. Ia diperlukan untuk pertumbuhan cepat sel-sel dan membangunkan unsur-unsur utama sel semasa kehamilan.

9. KESUBURAN & PEMBIAKAN: Bagi lelaki, zink membantu dalam spermatogenesis dan pembangunan organ-organ seks. Sementara di kalangan wanita, ia membantu dalam semua fasa pembiakan, termasuk peringkat kelahiran dan penyusuan.

10. FUNGSI BIOLOGI: Zink memainkan peranan penting dalam banyak fungsi biologi seperti pembiakan, kawalan penyakit kencing manis, tahap stres, rintangan imun, bau dan rasa, pertumbuhan fizikal, selera makan dan penghadaman.

11. MENGAWAL JANGKITAN : Zink membantu dalam melindungi daripada gangguan berjangkit dan jangkitan kulat termasuk paru-paru dan konjunktivitis.

12. ANTIOKSIDAN: Zink bertindak sebagai antioksidan dan pada dasarnya terlibat dalam beberapa tindak balas biokimia yang tegas, yang termasuk sintesis protein, fungsi enzim dan metabolisme karbohidrat .

13. ENZIM: Zink merupakan komponen beberapa enzim yang membantu dalam pertumbuhan sel, sintesis protein, tahap hormon, DNA, mengawal selia transkripsi gen, metabolisme tenaga dan lain-lain faedah kesihatan yang berkaitan dengan zink.

14. KELESUAN KRONIK: Orang yang mengalami keletihan yang kronik dicadangkan untuk mengambil makanan yg kaya dengan zink.

15. BOTAK: Botak menyebabkan kehilangan rambut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. Pemulihan yang disyorkan oleh doktor kepada orang yang mengidapinya ialah dengan pengambilan diet yang kaya dengan kandungan zink. Terdapat pelbagai kapsul yang kaya dengan zink, jadi ubat-ubatan yang kaya dengan zink akan membantu mencegah keguguran rambut

16. KEMEROSOTAN TULANG: Ia adalah penyakit apabila tulang menjadi lemah dan rapuh. Zink adalah komponen hydroxyapatite iaitu garam dan membuat matriks tulang yang kuat dan keras. Oleh sebab ini, kandungan zink perlu ditambah dalam pelan diet anda untuk mengelakkan kehilangan tulang.

17. RABUN MALAM: Pengambilan kira-kira 150-450 mg Zink akan memperbaiki penglihatan. Jadi, adalah sentiasa dicadangkan untuk mengambil makanan seperti daging lembu, kambing, tiram, ketam kerana ia kaya dengan kandungan zink dan akan memperbaiki penglihatan mata.

Haaa sesiapa yang ada masalah di atas, sila lah ye... Zinc bulan ni beli 4 dengan harga 3 botol.



cikpah,
sihat cantik dan ayu.
013-4148423

Bagaimana Diabetes Boleh Terjadi?

DIABETES... KENCING MANIS...

Macamana diabetes boleh terjadi? Haa meh nk habaq p kt hampa.

Diabetes ada 2 jenis:
Type 1 : bila sel badan tak boleh menghasilkan insulin.
Type 2 : bila sel badan tidak kenal insulin

Insulin umpama "kunci" untuk membuka pintu kepada gula (glukos) nak masuk ke dalam sel kita. sel kita memerlukan gula sebagai makanan dia.

insulin akan kawal kadar kemasukan gula ke dalam sel. bila sel dah cukup kepeluan gulanya, insulin kana kunci pintu sel jadi gula takleh masuk lagi. kalau kita makan lagi banyak gula.. sel dah cukup gula dah, gula tu akan berada dalam darah. oleh itu makan berpada2 jgn ikut nafsu.

Bagi pengidap diabetes, yang Type 1, badan dia mmg tak boleh hasilkan insulin, ataupun insulin yg dihasilkan tak cukup. umpama bilik ada 15 tapi kunci ada untuk 5 bilik je. 5 orang je boleh masuk, lagi 10 orang berlegar2 kat luar. Apa jadi bila kena berlegar di luar? penat, letih, pitam. mcm tu lah bila gula tokleh masuk dlm sel kita, tp berlegar2 dalam salur darah kita... ia jadi tak seimbang.

Yang Type 2 pulak terjadi bila bilik 15, kunci pun 15 tapi silap kunci. patut nak buka bilik guna kunci bilik tapi dia pegi bagi kunci kereta... mana nak boleh buka. jadi, sama orang2 tak boleh masuk ke dalam bilik (gula tak boleh masuk ke dalam sel).

Keadaan2 ni akan buat kadar gula dalam darah kita jadi tinggi! Bila gula dalam darah tinggi, macam2 masalah kesihatan akan berlaku, cthnya:-
- pandangan kabur
- gangguan berat badan
- jangkitan pada kulit
- luka lambat sembuh

Oleh itu jagalah kesihatan ye... Jaga makan, jaga aktiviti, jaga ibadah... jgn biar dah sakit baru nak jaga. Jaga dari sekarang. Makan vitamins jgn culas!


cikpah,
cantik sihat dan ayu.

Kalsium Termendap Dalam Salur Darah

Assalamu'alaikum...
sahabat-sahabat alam maya.. moga anda sihat kaya dan berjaya dunia akhirat.. inshaAllah..
Hari ni cikpah nak kongsi mengenai kalsium termendap dalam salur darah badan kita.

Dimana semua orang tahu, dalam salur darah kita, selain kolesterol, yg boleh melekat di dinding salur darah ni ada banyak lagi benda termasuk kalsium.
Bila kalsium termendap, ia dinamakan calcification. Kesan calcification ni, ia mengeraskan bahagian yg dia termendap tu. Banyak tempat ia boleh termendap selain salur darah seperti otak, breast, sendi & buah pinggang. Itu yg jadi batu karang.

Adakah benda ni terjadi sebab kalsium berlebihan? TIDAK.
Mengikut kajian dr Universiti Harvard, pengambilan kalsium takde kaitan dgn batu karang & apa2 saja penyakit dr calcification ni. Makan kalsium ke tak makan ke, sama je risikonya.

Punca utama yg dikenalpasti adalah kecederaan dalaman, jangkitan, genetik, masalah auto-imune, & pernah jalani pembedahan.
Jadi jgn takut nak makan kalsium takut kena batu karang..tak ada.
Adakah ia boleh dirawat?
Menurut International Journal of Molecular Sciences, mereka ada buat test utk mengkaji penyebab calcification... Kalsium bukan penyebab. Tapi....
- pengawet makanan
- makanan diproses
- lemak trans
- gula
4 benda inilah yang menyebabkan ia terjadi.

Cuba kurang atau jgn makan benda2 di atas kalau boleh lah...

Utk suplemen, dalam report yg sama mencadangkan:
- Resverstrol (Vivix)
- Omega

Bawa2 la jaga pemakanan ya!



p/s: kalau korang nk cuba vivix dan omega, pm cikpah ye
       013-4148423 sms@whatsapp@telegram


cikpah.com
Rahsia  cikpah sihat cantik dan ayu.

Pesakit Lumpuh Kembali Ceria Setelah Mengamalkan Vivix Shaklee

Assalamu'alaikum...
sahabat-sahabat alam maya cikpah moga sihat sentiasa, berada dibawah lindungan dan payung rahmat Allah S.W.T. Moga diberi kesihatan yang sempurna untuk menjalani hari-hari yang mencabar.

Seminggu dua ni, cikpah kerap kali mendengar cerita, berita.. mengenai lumpuh atau stroke. Lumpuh atau stroke ni terjadi dari pelbagai punca. Salah satunya sekarang ini adalah stroke haba.

Stoke haba ini berlaku apabila keadaan cuaca terlampau panas. Ada yang menyatakan stroke haba ini boleh mengakibatkan kematian. Untuk mengelakkan diri kita terkena stroke haba ni, cikpah menasihatkan korang perlu minum air masak atau mineral sebanyak 3 liter sehari sekurang-kurangnya.

Selain itu, korang juga boleh mengambil minuman Performance Drink (PD) untuk mengelakkan diri dari dehydrate atau kekurang air dalam badan. PD lebih menyihatkan badan dari minuman isotonik yang lain yang tinggi kandungan gula dan bergas.

Cikpah nak kongsikan disini, dimana suami kepada kawan cikpah ni telah mengamalkan vivix untuk memulihkan kembali keadaan lumpuh yang beliau telah alami. Beliau bukan menghadapi stoke haba ye.. kalau nak tahu stroke apa yang beliau alami..

jom kita teliti kisah suka duka pesakit ini.


"Assalammualaikum..
Saya Hafza Aein.. yang berkongsi cerita mengenai suami saya yang mengalami stroke dan juga masalah percakapan. Stroke yang dia alami boleh saya kategori sebagai stroke pendarahan. Tapi setelah menggunakan produk Shaklee iaitu VIVIX, Alhamdulillah suami semakin pulih.
Tanggal 28 April 2014...suami mengalami masalah stroke dimana doktor mengesahkan pembengkakan otak kiri yang menjadi bengkak dengan cepat. Ya Allah...hanya Allah je yang tahu macam mana perasaan saya time tu.
Doktor membuat keputusan hanya pembedahan pembukaan tempurung kepala sahaja yang dapat menyelamatkan nyawa suami. Tanpa berfikir panjang, saya bersetuju untuk suami dibedah kerana tiada pilihan lain. Kalau ada pun, besar kemungkinan boleh menjadi risiko yang paling besar.
1 MEI 2014.. Jam 4 pagi suami masuk ke dewan pembedahan dan pakar memberitahu saya pembedahan ni merupakan major operation. Saya redha dengan segala kemungkinan yang berlaku. 
Jam 8pg.. berita yang ditunggu telah tiba. Alhamdulillah..suami selamat menjalani pembedahan dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi untuk pemantauan doktor.
4 MEI 2014..keadaan suami masih lagi tidak sedar dan doktor telah memberitahu saya yang sel-sel otak di bahagian otak kiri telah mati dan ada 3 kemungkinan yang terjadi pada suami..
1- tidak dapat mengingat sape dia dan ahli keluarga... 
2- boleh mengingat tapi cepat lupa.. 
3- masalah pertuturan..
Saya menjadi bimbang selepas itu. Apa yang saya harapkan lepas suami sedar dia akan mengingat semua ahli keluarga sendiri dan Alhamdulilah.. Allah Maha Besar.. bila dia dah sedar dia masih lagi ingat akan kami sekeluarga.
Cuma yang menjadi masalah bila setiap pertuturan dia menjadikan kami tidak faham. Tapi tak apa.. saya ingat lagi dengan produk VIVIX. Saya baca setiap testimoni pasal stroke ni.. apakah kesan dia bile dia makan dan apakah boleh pulih dengan minumnya.
Saya cuba bagi dia setiap malam dengan 1 sudu kecil dan berdoa setiap kali saya bagi pada dia untuk pulihkan sel-sel yang dah mati di otak dia sebab otak kiri merupakan otak untuk bertutur dan mengira.
Alhamdulillah setelah hampir setahun...saya berikan VIVIX pertuturan suami semakin pulih dan doktor pun puji suami nampak semakin berseri-seri dan makin banyak cakap.. Hahaha.. suka saya mendengarnya bila doktor cakap macam tu.
Terima kasih Shaklee telah membantu menyembuhkan suami saya dan keluarga. Terima kasih juga pada upline saya yang memahami keadaan saya dan memberi cadangan ambil VIVIX untuk bantu pulihkan suami saya.
I love Shaklee...
(BEFORE) Keadaan suami pada bulan MEI 2014
(AFTER) Keadaan suami selepas setahun menggunakan Vivix.
Sila like dan share cerita saya ni supaya dapat membantu pada mereka yang mengalami masalah yang sama."
-Hafza Aein- 


haaa.. da baca kan... apa yang korang dapat dari kisah kak hafza aein ni??
banyakkan?

sekiranya korang berminat atau ingin mencuba vivix untuk beri pada yang tersayang, ibu bapa..
boleh dapatkan dari cikpah.

special price?
meh la pm di 013-4148 423
sms@ whatsapp @ telegram